Lega
sebelum tu . teke le dulu gapo dio .
1..
2..
3..
*teekk!* mase dah tamat .
sebenarnya beginilah, pada satu hari yang indah . bersamaan dengan 11 Oktober 2011 iaitu pada hari Selasa maka selesailah perjuangan jihad daku . tepat pukul 11 pagi maka kami semua yakni pelajar-pelajar tingkatan 3 bersuka-ria . bertepuk gembira . berguling balik . menarik nafas lega . tiada lagi perasaan gementar . tiada lagi haru-biru . kucar-kacir . hanya menanti saat-saat kebosanan yang dinanti-nantikan selama ini .
maka dengan ini saya dengan bangganya ingin menyebutkan
MERDEKA !
tetapi malangnya dalam kegembiraan ini terdapat dua jenis perasaan yang berbeza . iaitu perasaan lega . dan satu lagi perasaan debor tunggu result pekse . OMG, debor nye dok leh nok describe wooo...
jadi kami harap segala-galanya berbaloi . segala usaha, penat lelah kami dapat membuahkan hasil yang cukup memuaskan . yang cukup mahal . yang TERBAIK .
maka sekalian pembaca , doakanlah kejayaan kami agar keputusan PMR Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek terus melonjak naik . malah lebih baik lagi jikalau keputusan PMR semakin meningkat di negeri Terengganu . moga-moga tahun ini tahun yang diberkati . Amin..